Merekod dan Penandaan Aset
Segala aset akan direkodkan dan diberi penanda bagi kemudahan dalam pengesahan setiap aset sama ada dalam penyelenggaraan berkala atau penggantian komponen yang telah rosak.
Penyelenggaraan Berjadual
Bertujuan mengelakkan peralatan daripada rosak dan tidak berfungsi dengan sempurna. Dalam aktiviti seperti ini, tindakan seperti mengenalpasti peralatan atau komponen yang bakal diganti bagi mengelakkan kerosakan peralatan.
Pembaikan Kerosakan
Setiap peralatan yang memerlukan pembaikan akan diselidik dan dibaiki oleh pembekal atau pengedar yang sah.
Ujian dan Latihan
Latihan pengguna akan diaturkan bagi penggunaan peralatan baru.
Ujian dan kalibrasi peralatan
Setiap peralatan dimestikan menjalani ujian keselamatan dan ujian fungsi yang akan disediakan.
|