SELAMAT SEJAHTERA DAN SALAM PERKENALAN
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan/puan di atas peluang yang diberikan kepada kami untuk memperkenalkan AG Premier Multiservices Sdn Bhd kepada organisasi tuan/puan. Adalah menjadi harapan kami agar kesempatan ini dapat memberikan manfaat dalam hubungan antara syarikat kami dan organisasi tuan/puan.
Kepada pelanggan yang pernah bekerjasama dengan syarikat kami, kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang diberikan dan semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang.
Syarikat kami telah ditubuhkan pada 8hb Jun 2001 dan terlibat penuh dalam bidang pembinaan, perkhidmatan dan pembekalan. Sejak ditubuhkan, syarikat kami telah melaksanakan pelbagai projek dan berkembang dari tahun ke tahun dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelbagai organisasi.
Syarikat kami telah menerima dan melaksanakan pelbagai projek daripada pelbagai organisasi, daripada organisasi persendirian hingga organisasi kerajaan. Kerjasama yang berterusan antara syarikat kami dan organisasi-organisasi ini dapat membuktikan kesungguhan dan komitmen syarikat kami dalam bidang yang diceburi ini.
Kami berpegang kepada prinsip bahawasanya tiada tugas yang terlalu kecil dan mudah dan kami akan melaksanakannya dengan sebaik mungkin.
Berbekalkan pengalaman dan kerjasama di dalam syarikat telah mematangkan dan membantu syarikat kami berkembang kepada organisasi yang dinamik, sedia berkhidmat dan menjadi rakan kongsi dalam pembangunan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PEMBERSIHAN, DISINFEKSI, DAN ‘STERILIZATION'
AG Premier Multiservices Sdn Bhd melaksanakan khidmat pembersihan, disinfeksi, dan ‘sterilization'. AG Premier Multiservices Sdn Bhd menyediakan pendekatan ‘turnkey' untuk menepati keperluan pelanggan supaya jumlah panggilan sehari dapat dikurangkan di samping memberikan khidmat yang terbaik kepada pelanggan.
Disinfeksi adalah untuk menghapuskan mikrooraganisma pembiakan wabak atau patogen yang berpotensi. AG Premier Multiservices Sdn Bhd mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam disinfeksi menggunakan bahan kimia. Disinfeksi yang dilaksanakan berdasarkan kepada: 1. Jenis dan jumlah pencemaran 2. Jenis dan tahap pencemaran 3. ‘susceptibility' kawasan tercemar.
AG Premier Multiservices Sdn Bhd juga menyediakan:
- Profesional dalam fasiliti penjagaan kesihatan semasa situasi endemik dan epidemik
- Profesional dalam bidang ‘Occupational Health', mikrobiologi, dan melatih pekerja dalam kawasan berisiko tinggi.
- Dilengkapi dengan peralatan yang mencukupi, kelengkapan dan semua jenis bahan kimia dalam ‘eradication' mikroorganisma
Read more
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ |